Kisah Necrotizing Fasciitis 1

5:20 AM

Kisah ini dikongsikan oleh seorang rakan seperjuangan semasa beliau seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) dan beliau bersetuju untuk saya publish di sini. Ambil iktibar dari kisah ini. 

-----------------------------------------------------------------------------------

Bersyukurlah sebab kaki masih boleh diselamatkan akibat necrotising fasciitis.

Masa saya HO, ada pesakit wanita juga necrotising fasciitis (NF) perlu buat below knee amputation (BKA).
Rupanya sakit dah seminggu.
2-3 kali ke klinik dan hospital tapi tak masuk ward sebab suami tak bagi potong kaki.
Akhirnya, anak tiri call ambulans suruh ambil di rumah kerana pesakit ni dah menangis-nangis tak tahan.
Suami marah, tak mahu ikut ke hospital.
Sampai di hospital, memang sangat terang dan jelas NF, Ortho team decide untuk potong....
Apa yang terjadi? Tragis.


Necrotizing fasciitis (image from wikipedia)

Pesakit tidak mahu dibedah kerana nak tunggu suami datang. Bayangkan, pesakit sampai selepas pukul 12 malam. Keputusan untuk operate dibuat selepas pakar buat round lebih kurang jam 1 pagi. 
Oleh kerana pesakit nak tunggu ahli keluarga datang, sedangkan ahli keluarga sorang pun tak ada bersama, maka HO la yang kena call. 


Siapa HO tu?


Saya lah! 

Sebab saya yang on-call. Sampai pukul 8 pagi, masih tiada yang datang.

Akhirnya pakar slow talk dengan pesakit, mengatakan ini soal nyawa. Pesakit tidak perlu kebenaran orang lain untuk operate kerana pesakit masih waras dan sudah akil baligh (umur dah 40-an kot).
Pesakit bersetuju untuk dibedah.
Ketika operation, kami dihidangkan dengan nanah yang banyak sebaik sahaja kulit dipotong.
Tisu-tisu otot sudah mati (non-viable) sampai ke atas paha.

Akibatnya, kaki pesakit perlu dipotong sehingga atas lutut atau dipanggil above knee amputation (AKA).
Pesakit dimasukkan semula ke wad selepas operation.

Dan....

Suami beliau sedang menunggu....
Apa yg terjadi??


Seperti dijangka, suami beliau mengamuk dan berbakul-bakul makian yang kami terima.
Tu pesakit belum sedar dari kesan bius tu.
Pakar menerangkan keadaan kepada suami pesakit, tapi beliau masih terkejut dan marah..
Sebaik sahaja pesakit sedar, suaminya ni pun marah dan mengeluarkan kata-kata kesat..
Selepas lebih kurang 10-12 hari dalam wad, pesakit dibenarkan keluar.


Saya bertanya nak balik ni siapa yang ambil..
Kawan saya ambil, katanya..
Suami? "Dia dah ceraikan saya 2 hari lepas, doktor"..
Hmmm... not to blame anyone tetapi kes sebegini berlaku..
Ini antara yang paling saya ingat kerana ayat "DOKTOR BODOH!" itu terlalu pahit untuk diterima..

Jadi, masyarakat perlu tahu:
1. Kebenaran membuat pembedahan adalah valid jika pesakit berumur lebih dari 18 tahun, waras dan faham akan prosedur pembedahan dan risiko-risiko berkaitan..
2. Life before limbs. Selamatkan nyawa itu lebih utama.

3. Kami doktor tak bodoh. Kami sebenarnya Allah berikan sedikit kepandaian dan kesabaran untuk belajar lama-lama dan susah-susah serta sedikit ketabahan untuk tidak memaki semula pesakit/waris pesakit.

Dr HFK

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook