Kecemasan: Tahu ke tak?

8:48 AM

Sekali baca, rasa kemarahan membuak buak. Ada ke kata staf di jabatan KECEMASAN 'SENGAJA lambatkan kerja'. Sedih pun ada. Tapi, bila difikirkan semula, secara tak langsung mamat ni telah berjaya meng-highlight-kan bahawa Jabatan Kecemasan di HOSPITAL KERAJAAN (sila baca Awak Kat Hospital Kerajaan Ke) adalah untuk KECEMASAN.

Terima kasih kerana telah menunjukkan betapa anda mementingkan diri sendiri. Dah tahu dah doktor kena attend kes kecemasan. Tak perlu terangkan apa - apa, dah tahu dah. Pesakit yang dikejarkan ke Zon Kritikal tu memang dah nazak. Jika tak dapat rawatan, kebarangkalian untuk mati adalah tinggi. Syabas! Dah ada anak nanti boleh la ajar dia jadi seorang yang tak reti nak hidup secara bermasyarakat. Tak reti fahami bahasa mudah.




Yang kamu ni tengah demam boleh berpura - pura ni apa cerita? Cuba makan panadol dulu. Datang ke klinik hari seterusnya. Cuba fahami yang doktor dan staf lain perlu menggunakan segala tenaga dan sumber yang ada untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Bayangkan mak anda yang kena serangan jantung. Staf di jabatan kecemasan elok - elok nak beri rawatan yang terbaik, ada la pulak mamat sorang pura - pura jatuh pengsan. Lepas tu ada lagi sorang mamat jerit - jerit tak tentu pasal marah "Kenapa saya kena tunggu lama!". Hentak dinding dan pintu. Tarik doktor dan nurse keluar suruh tengok queue yang panjang dan tak berganjak.

Sedangkan mak anda tengah tercungap cungap nak bernafas. Terbiar kerana rawatan yang sepatutnya diutamakan kepadanya terpaksa ditangguh untuk merawat pesakit lain yang masih boleh bertahan.

Tidakkah tindakan itu zalim?

Demam versus serangan jantung...mana lagi penting? Mana lagi mudarat?
Triage telah dibuat. Basic screening untuk menentukan tahap kesihatan telah dilakukan. Jika kritikal. zon merah. Separa kritikal, zon kuning. Jika vital signs dan symptoms stabil, zon hijau.



Anda sepatutnya bersyukur bila perlu mengambil giliran dan menunggu di Zon Hijau. Pesakit yang dilihat terus di Zon Merah (Kritikal) adalah yang nyawa - nyawa ikan.


You Might Also Like

10 comments

  1. peliknya la orang ni.. tak kesian ke.. mintak bertaubat la cepat.

    ReplyDelete
  2. Ada juga orang macam tu ya...boleh pura-pura plakkk...

    ReplyDelete
  3. Ada juga orang macam tu ya...boleh pura-pura plakkk...

    ReplyDelete
  4. psycho problem. MALLINGERING

    ReplyDelete
  5. this is how developing country mindset thinking...mcm mindset negara kelas ketiga..mcm mane nk maju...selfish!

    ReplyDelete
  6. lagi satu yg saya tak pernah faham negara ni...kenapa gaji professional dr,guru,pegawai undang2 kerajaan yg dah senior pun dibayar gaji rendah dan tak de peluang kenaikan pangkat macam pegawai PTD (yg ada tu hanya lulus Diploma Uitm jer).Dahla keje govt. for Dr masa teruk tapi gaji tak best - motivasi kurang lah.

    ReplyDelete
  7. what's wrong with uitm diploma? takde standard? takde class? get's ur fact right

    ReplyDelete
  8. Admin KHK punye kerja. haha
    sengal

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook