Cara - cara Men-Tackle Nurse

9:55 AM

CARA MEN-TACKLE NURSE
---------------------------------------
Wad 18. Surgical department. Posting pertama ku di hospital Taiping. Memang blur semasa hari pertama. Baru merangkak. Kalau nak ceritakan hari pertama ku di wad 18 ni, mungkin kena tulis satu chapter buku (wink, wink). That's a story for another day.
Aku perasan di wad 18 haritu; misi misi (nurse) kebanyakannya muda - muda belaka. Semuanya comel - comel. Sejuk mata memandang. Tercabar iman buat seketika. Malangnya aku sudah berpunya. Syukur masa itu sudah berpunya dan berumah tangga...wuhh (mungkin kena tidur atas sofa kat bawah malam ni!).

Jika anda baca entry ini untuk men-tackle cinta seorang nurse comel, maaf la. Anda dah silap #doctorlove. Cari la doctor love yang lain. Lagipun, sekarang ramai male nurses ye. Yang saya maksud kan sebagai 'tackle' adalah untuk mendapatkan bantuan dan kepercayaan 100% dari para misi supaya mereka tidak screw you semasa di ward. Nak make sure they are on your side!





1. Jangan Sombong

Rendahkan diri. Letakkan ketepi title 'doctor' tu. Hormati misi - misi di dalam ward. Mereka mungkin tiada M.B.B.S atau M.D., tapi pengalaman mereka berhadapan dengan pesakit dan kerenah doktor pakar dan consultants amat penting untuk survival. Jika nak bersombong juga, bersedialah.

"Doktor, line patient katil 10 'bunk'. Nak bagi ubat ni doktor, datang CEPAT" misi menghubungi doktor pada pukul 4 pagi.

"Doktor buat la dressing tu sendiri. Saya ni nurse je, bukan ada M.B.B.S" kena sedas.

2. Perkenalkan diri

Bila kali pertama datang tu, intro sikit. Tunjukkan diri tu sebagai seorang yang boleh bekerjasama dan pada masa yang sama boleh menjadi leader. Jangan terus arah sana sini. Ambil sikit hati. Beli la KFC bucket satu, letak kat pantry. Sambil makan dengan diorang, cuba kenal nama setiap nurse dalam ward tu. Cuba panggil dengan nama; bukan panggil semua nurse AKAK. Ramai sebenarnya yang lebih muda.



3. Tunjukkan keinginan untuk belajar

Ini penting, terutamanya di labor room. Nurse di labor room banyak mengajar aku cara - cara untuk menyambut bayi. Nak harapkan MO, memang sukar. MO tak menang tangan nak attend to all the cases. Nurses ni la yang akan ajar bagaimana cara untuk hold perineum supaya tidak mudah koyak. Mereka juga la yang akan mengajar cara menjahit episiotomy wound dengan kemas. Nak best lagi, mereka juga boleh ajar cara nak bancuh air coklat yang sedap untuk ibu - ibu yang telah bersalin.


4. Berterima kasih

Kalau ada sambutan Hari Jururawat tu rajin - rajin la raikan mereka. Sepanjang berhempas pulas menghabiskan HOship, aku banyak bergantung kepada misi - misi di hospital.

Mereka la yang membantu aku semasa on call. Bila aku kelihatan terlalu penat menjalankan oncall, mereka suruh aku berehat dulu. "Takpe la doktor, saya tolong set line. Doktor rehat kejap" kata - kata yang sangat soothing ketika jam menunjukkan pukul 1 pagi dari seorang misi.

Bila seharian tak sempat makan, ada misi yang akan berkongsi bekalan makanannya di pantri. Jika bernasib baik, mereka akan masak Maggi Kari Special untuk semua staf di ward.

Bila pesakit nak hentam doktor sebab dah cucuk 3 kali pun tak dapat line, misi la yang menjadi 'slow talker' untuk menenangkan keadaan.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Tapi sebab dah lewat malam, tak larat nak tulis lagi. Lagipun, malam ni kena tidur atas sofa sebab ayat 'gatal' tadi. Kalau ada nak tambah, boleh tinggalkan komen di blog ini atau di Facebook page MOfrust.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook