Apakah yang anda nampak?

4:22 AM

GAMBAR MISTIK DI TANGKAP DI KLINIK
======================================


Adakah anda lihat apa yang saya lihat? Gambar ini telah ditangkap secara tidak sengaja oleh seorang petugas kesihatan. Perhatikan gambar di bahagian bulatan merah. Jelas kelihatan seperti muka seorang bayi dari sisi tepi. Juga jelas kelihatan dalam gambar ada tanduk dibahagian atas 'muka' tersebut....SERAM nya!

Saya amat terkesan dengan kesengsaraan yang dialami pesakit tersebut. Hampir dua hari terpaksa menanggung derita. Kesengsaraan kesakitan yang amat dasyat.

BENGKAK. MERAH. TAK BOLEH GERAK....ADUH!!!!

Pesakit tersebut bernasib baik kerana bertemu petugas kesihatan yang kacak berkaliber yang TIDAK MENJUAL PRODUK TUNGGANG AGAMA. Tanpa melihat benda pelik pelik (seperti melipat duit lima Ringgit lima belas kali untuk sampai nampak kepala kambing), beliau terus merujuk pesakit ke klinik pakar ortopedik.

Rupa - rupanya pesakit ada closed fracture of left lateral malleolus setelah terjatuh 'melipat' bola takraw.

Bukan X Ray sebenar
===============================

Kesimpulannya, the eyes see what the mind knows.

Baru - baru ini timbul satu issue di mana ultrasound scan seorang pesakit telah dilihat oleh 'specialoid' dan ternampak MUKA JIN! Dengan kepakarannya, beliau telah menganggap bahawa JIN TELAH MASUK KE DALAM RAHIM IBU! Ini adalah buatan orang! Ada kebenarannya disitu juga kerana mengandung itu adalah buatan orang juga; iaitu si suami.

Seperti biasa, dengan specialoid nya, beliau mempromosikan produknya online.


Ultrasound tu bukannya mudah nak interpret. Very user dependent and very dynamic. Sukar untuk sesiapa sahaja untuk menilai dengan hanya satu gambar. Mental state pun berbeza. Dalam otak kita perlu ada kebolehan untuk memproses imej 2D yang dilihat dan membuat mental imej dalam 3D.

Tak perlu beli benda bukan - bukan. Cukup la dengan memberi stimulus bacaan ayat - ayat Quran oleh si bapa dan juga si ibu. Buat lah perkara - perakara baik semasa mengandung. Banyak berzikir, banyak bersedekah.

Jangan jadi seperti abang - abang ini. Spot what is wrong with this picture!


You Might Also Like

2 comments

Follow Me on Facebook