Sakit perut, tak nak UPT
8:59 AM
Sakit perut.
Bila ditanya bila tarikh akhir datang haid, tak tahu.
Ditanya samada pernah melakukan hubungan kelamin, doktor
dimarah kerana bertanya soalan yang sensitif. Ibu bapa turut serta memberi
tomahan kepada doktor yang merawat. Ingin dibawa isu kepada media dan pengarah
hospital.
Setelah diperiksa dengan teliti, sakit perut lebih ke
bahagian perut di bahagian kiri (left iliac fossa). Sakit yang amat sangat
apabila ditekan. Rebound tenderness. Suatu tanda yang merunsingkan doktor yang
merawat.
Ubat menahan sakit diberi untuk meredakan kesakitan serba
sedikit. Intravenous drip diberi untuk memastikan kandungan cecair (volume) dalam badan
cukup untuk mengelakkan hypovolaemic shock.
Sample air kencing diminta untuk ujian urine pregnancy test (UPT).
Sekali lagi, doktor dimarah.
“Anak saya tak perlu buat ujian ini.” kata bapanya.
“Doktor jangan nak tuduh bukan – bukan. Engkau tu bukan baik
sangat!” jerit ibunya.
Pesakit hanya mendiamkan diri.
Ibu bapa pesakit mula mengugut doktor. Ditangkapnya gambar
tag pengenalan doktor beserta muka doktor yang tidak menunjukkan apa – apa
emosi kerana jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kedengaran bapa
pesakit menelefon Dato’ YB yang terkenal menyatakan perasaan tidak puas hati.
Sementara itu, doktor segera mendapatkan bedside ultrasound.
Skrin menunjukkan terdapat suatu kantung di tiub Fallopian sebelah kiri. Bila
di ‘zoom’ lagi, kelihatan pergerakan seperti degupan jantung.
ECTOPIC PREGNANCY. Mengandung di luar rahim.
Ditunjukkan keputusan ultrasound kepada pesakit dan ibu bapa
nya.
“Ini semua tipu. Mana awak tahu betul ke tidak ada
kandungan?! Mungkin degupan tu salur darah sahaja!” jerit bapa.
Pesakit dengan lantas menjawab “I am still a VIRGIN. DOKTOR
PENIPU!”
Tiba – tiba, pesakit mengalami kesakitan yang teramat sangat.
Beberapa minit kemudian, tekanan darah nya menurun dengan mendadak. Muka nya
kelihatan pucat.
PERFORATED ECTOPIC PREGNANCY.
Pesakit segera dikejarkan ke bilik bedah untuk pembedahan.
Sebelum masuk ke bilik bedah, barulah pesakit mengaku bahawa
dia telah dua bulan tidak datang haid. Dia memang pernah membuat ujian UPT
dan tahu dirinya mengandung.
Ini bukanlah cerita dongeng. Cerita ini juga bukan merujuk
kepada mana – mana pesakit yang spesifik. Tetapi cerita begini berlaku hampir
setiap minggu di jabatan kecemasan.
Bukan para doktor tidak percayakan setiap perkara yang
pesakit katakan, tetapi pengalaman telah mengajar kami; kami tidak boleh
percaya apa yang dikatakan SERATUS PERATUS. Kami selalu di layan seperti
seorang yang bodoh. Segala yang ditanya, dijawab dengan penipuan.
Kami hanya mahu menjalankan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan. Kami hanya memastikan setiap pesakit yang kami rawat
akan selamat. Walaupun di caci, di hina dan di malukan di media social, kami
tahu bahawa tugas kami hanyalah untuk MENYELAMATKAN NYAWA. Dan kami lakukan
sebaik mungkin.
4 comments
Kalo akula eh..aku tulis je dlm case note "patient and family refuse UPT and further treatment" lepastu mintak sign AOR..then suruh blk umah jumpa bomoh kesayangan diorang..manala tau bomoh tu bole halau apa2 setan ke jin ke yg dok ada dlm perut..
ReplyDeleteAllahuakbar, cerita-cerita macam ni memang sedih dan menakutkan... :'( Nauzubillahiminzalik...
ReplyDeleteYes. It happens not only in ed, its everywhere including wards, klinik kesihatan etc
ReplyDeleteasl x mati patient tu
ReplyDelete