Batuk dan MC

8:28 AM

BACA DENGAN HATI TERBUKA DAN TENANG
========================================================================
Batuk.

Batuk adalah simptom kepada beberapa jenis penyakit yang melibatkan paru - paru,

Jika ada demam beserta batuk selama beberapa hari, ia mungkin disebabkan jangkitan paru - paru atau pneumonia. Dalam keadaan begini, antibiotik perlu diberikan jika dapat dibuktikan bahawa ia disebabkan oleh bakteria (viral pneumonia tidak perlukan antibiotik)

Jika batuk berpanjangan lebih dari satu minggu beserta kahak berdarah, berpeluh diwaktu malam dan hilang berat badan, ia mungkin pulmonary tuberculosis. Dalam keadaan ini, X ray paru - paru dan sample kahak diperlukan untuk pengesahan diagnosis. Rawatan biasanya mengambil tempoh 6 bulan dengan kombinasi antibitotik. Compliance (disiplin mengambil rawatan) sangat penting untuk memastikan penyakit betul - betul terawat.



Jika seseorang itu ada sejarah menghisap rokok secara kronik menghidap batuk berpanjangan, kahak berdarah serta hilang berat badan dan hilang selera makan, barah paru -paru adalah diagnosis utama. Kebiasaannya, diagnosis barah paru - paru dibuat agak lewat dan by the time di diagnosis, tak banyak rawatan boleh dilakukan. Ingat - ingatlah sebelum menghisap rokok.

Saya telah senaraikan beberapa sebab - sebab utama yang boleh menyebabkan batuk. Jika diperhatikan, semua diagnosis perlu dibuat berdasarkan clinical judgement, index of suspicion dan dibantu oleh beberapa ujian tambahan seperti X ray paru - paru dan ujian kahak atau darah.

Walaubagaimanapun, terdapat satu sebab lain simptom batuk ini berlaku. Ia tidak memerlukan banyak skill dan ujian untuk mengenal pasti diagnosis. Doktor hanya perlu dengar dengan teliti dan membuat pemerhatian keatas tindak tanduk pesakit. Hampir 80% doktor dapat kenal pasti penyakit ini dengan tepat.

"Doktor, saya tak sihat harini...ehek, ehek (bunyi batuk yang paling sopan dan fake)." kata pesakit sambil menutup mulut. Walaupun semasa menunggu, tidak sekali pun dilihat batuk dan suhu badan normal. Ditambah pula, dia datang pada hari Isnin selepas cuti yang panjang. Lipstick tebal, eyelash lentok dan menggunakan haruman yang menusuk hidung.


Inilah dia BATUK MC yang disebabkan oleh MC-litis. Penyakit ini agak kronik dan sering dilihat di Klinik Kesihatan dan Unit Kecemasan. Malangnya, hanya ada SATU rawatan untuk penyakit ini; iaitu dengan memberi MC. Malangnya, komplikasi jika tidak mendapat rawatan adalah:
1. Meroyan dengan mengeluarkan kata - kata kesat ke doktor yang merawat.
2. Mahu memukul semua staf - staf yang ada di klinik.
3. Membuat tuduhan ekstrem ke atas doktor di Facebook, Twitter dan menghebahkannya kepada orang politik.

Harap maklumat ini berguna kepada petugas kesihatan di Klinik dan Unit Kecemasan dan juga orang awam.

*Jangan kecam saya kalau terasa.
**Bukan semua yang batuk tipu tu nak MC
***Sila lakukan yang terbaik untuk pesakit walau apa pun jua background nya. No prejudice.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook