Sakit perut.
Bila ditanya bila tarikh akhir datang haid, tak tahu.
Ditanya samada pernah melakukan hubungan kelamin, doktor
dimarah kerana bertanya soalan yang sensitif. Ibu bapa turut serta memberi
tomahan kepada doktor yang merawat. Ingin dibawa isu kepada media dan pengarah
hospital.
Setelah diperiksa dengan teliti, sakit perut lebih ke
bahagian perut di bahagian kiri (left iliac fossa). Sakit yang amat sangat
apabila ditekan. Rebound tenderness. Suatu tanda yang merunsingkan doktor yang
merawat.
Ubat menahan sakit diberi untuk meredakan kesakitan serba
sedikit. Intravenous drip diberi untuk memastikan kandungan cecair (volume) dalam badan
cukup untuk mengelakkan hypovolaemic shock.
Sample air kencing diminta untuk ujian urine pregnancy test (UPT).
Sekali lagi, doktor dimarah.
“Anak saya tak perlu buat ujian ini.” kata bapanya.
“Doktor jangan nak tuduh bukan – bukan. Engkau tu bukan baik
sangat!” jerit ibunya.
Pesakit hanya mendiamkan diri.