TIPS DOCTOR LOVE No. 132: Dengar

5:45 AM

Soalan cepu emas buat para lelaki.
Bila isteri cakap;

"Abang, stress nya tadi kena tinggal dekat wad seorang diri. HO lain semua balik, tinggalkan sayang seorang buat kerja. tskk., tskkk."

APA YANG ANDA AKAN KATA?

A. ............senyap.........pandang ke skrin telefon.

B. "Eh, Abang kena lagi teruk. Mr G cakap Abang ni bodoh sebab tak tahu nak masukkan implant dari belah mana. Stress ni!"

C. "Mana geng HO tu? Biar Abang belasah diorang!"

D. Senyum. Pandang mata ke mata. "Takpe, Abang faham. Haritu Abang kena macam tu jugak. Meh makan Maggi Kari yang Abang buat ni."

Kalau dapat jawab D dengan tenang dan ikhlas, anda memang romantis. Haha.

Image from Huffington Post


Housemanship memang agak mencabar. Cabaran mental dan fizikal. Jika sudah berkahwin ketika housemanship, ia adalah added benefit dan BUKAN burden. Jika tidak berkahwin lagi, jangan risau. Jodoh akan datang satu hari nanti. Sementara itu, carilah rakan - rakan setugas yang boleh dibuat rakan dalam keadaan susah dan senang.

Wanita memang akan banyak bercakap dan selalunya beremosi. Manakala lelaki biasanya akan lebih suka untuk mendengar, menganalisa dan MENCARI PENYELESAIAN kepada masalah. Naluri lelaki inilah yang selalu menyebabkan lelaki TERKANTOI kerana akan dituduh tidak memahami wanita.

Kalau diikutkan, jawapan C tu memang boleh dijadikan penyelesaian kepada segala masalah. Tetapi adakah itu yang isteri mahukan?

Apa yang isteri mahukan hanyalah untuk suami duduk dan DENGAR. Listen. Tetapi tak perlu difikirkan solution. Cuma perlu accept dan berikan sedikit kata ransangan. Maggi Kari tu, walaupun murah dan tak perlu banyak effort, pun akan dirasai SEDAP GILA oleh si isteri.

Maggi Kari Kosong akan rasa seperti Maggi Ketam because its sooo sweet!

Walaubagaimanapun, kebarangkalian teknik ini berkesan hanya 90%. Jangan stress nak paham bagaimana nak menguasai lagi 10% itu.

Sekian, tips dari Doctor Love wannabe.

p/s: buku kisah cinta masih tak habis finalize lagi. Jika ada cadangan, sila komen atau PM via Facebook atau email.

Doctor Love Wannabe











Sister sites:
The Makan Doctor

My Financial Discovery

You Might Also Like

2 comments

  1. aku jawab dulu, tak pa, malam ni abang bawa diner. Kita makan kat oncall room.

    ReplyDelete
  2. Tau kah lelaki pun ada stress juga..kalau semua kehendak perempuan kena ikut Lelaki jadi lembu...Lelaki yg bail akan Jaga perasaan isteri. Tapi isteri yg baik kene fikir juga pasal suami..manja2 boleh tapi kalau Lelaki tu xde sapa kisah pasal dia..haha habislah kau...BTW Tanya la juga suami..abg OK kerja hari ni..tu da cukup

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook