Saya Nak Beli MC

9:31 AM

Dialog ini dipetik dari status Facebook seorang rakan yang betugas di klinik swasta baru-baru ini.
_____________________________________
Pesakit : Saya demam, sakit2 badan ni
Doktor : Takpe, mari saya periksa dulu. Ada demam ke? Batuk? Selsema? Sakit tekak?
Pesakit : Takde...
Doktor : Awak badan panas ni. Ada demam sikit. Saya bagi ubat. Banyak kan minum air.
Pesakit : Boleh bagi MC doc?
Doktor : Saya bagi harini (Rabu) sehari.
Pesakit : Saya nak sampai Ahad doc. Saya BELI MC tu.
Doktor : Takpe la. Awak keluar. Saya tak jual MC. Saya cancel je nama awak. Maaf le, saya tak jual MC
Sebut je nak BELI MC, memang kena halau la dari klinik saya.
_______________________________________

Apakah MC sebenarnya? MC = Minta Cuti, gerenti dapat?
Ataupun Medical Certificate, dimana cuti diberikan untuk sebab-sebab kesihatan?
Bila tiba musim cuti sekolah dan perayaan, bertalu-talu lah pesakit datang semata-mata untuk minta MC.
"Tolong la doktor, saya takde tiket bas nak balik kerja minggu depan"
"Saya dah jumpa bos, dia yang suruh ambil MC"
Agak jemu jugak mendengar alasan-alasan ini.
Mungkin untuk kebanyakan individu, memberi MC tanpa sebab kesihatan adalah perkara remeh. Bukan semua doktor boleh disogok dengan wang. Bila dikatakan klinik swasta, bukan bermaksud DUIT ADALAH SEGALA GALANYA. 
Seringkali kita dengar orang sembang kedai kopi;
"Kejatuhan ekonomi sekarang ni sebabkan rasuah sipolan sipolan!"
"Jabatan ..................(isikan tempat kosong) buat kerja lembap. Semua staf dia kaki rasuah!"
Tetapi ramai juga yang sanggup menipu dan 'merasuah' untuk mendapatkan cuti sakit yang bukan hak baginya.
Jika betul anda layak untuk mendapatkan MC, doktor akan beri. Jika doktor terlupa, anda boleh tanya dengan berhemah; "Doktor, boleh saya dapatkan MC untuk demam saya?".

You Might Also Like

4 comments

  1. nampak lain dr this blog...new renovations?

    ReplyDelete
  2. pernah demam sampai 40 celcius(doc check), dapat MC satu hari saja.
    minta 2 hari tak dapat pula. esoknya dengan sakit badan terpaksa pergi kerja.

    ada satu kes lagi, balik kerja malam. terus pergi klinik kul 10 pagi. tak dapat MC, sebaliknya disuruh rehat dan kerja malam tu. tu last saya pergi Klinik Azhot.

    nak fight untuk MC, badan dan suara tak larat.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook