Kerja Swasta Atau Kerajaan (12K vs 6K)

9:45 AM



Baru- baru ini saya ada baca status Dr Azizul Azli Ahmad mengenai dilema yang dilalui oleh seorang doktor. Sebelum saya teruskan, biar saya susun balik ayat supaya lebih mudah dibaca dalam blog.
___________________________________________
GAJI RM12K ATAU GAJI RM6K?
Salam. 
Encik. Saya nak tanya. Saya doktor kerajaan. Berbaloi tak kalau saya ke klinik swasta. Gaji 12K, ada KWSP. Tapi kerja extra satu hari. Saya ambil pencen. Gaji sekarang dalam 6K. Kalau saya nak cuti saya kena cari ganti. Kira saya ditugaskan sebagai incharge klinik yang dah berfungsi selama 10 tahun. Pemiliknya nak pindah. Dia akan ajar manage klinik.
___________________________________________
Saya melalui dilema yang sama dua tahun yang lepas. Saya diberi peluang untuk menjadi pegawai perubatan di hospital swasta di Kuala Lumpur dan diberi tugas untuk menjaga unit dialysis. Latihan wajib yang saya perlu hadiri untuk mendapat sijil pentauliahan akan dibiaya sepenuhnya dan saya boleh mebawa pulang RM 12K dan elaun tambahan sebagai petugas unit dialisis setiap bulan. 
Walaubagaimanapun, saya terpaksa menolak tawaran tersebut atas faktor keluarga.
NOTA PENTING: Saya hanya boleh bincang dari perspektif pengalaman saya sahaja. Perlu kaji juga perspektif dari doktor-doktor yang sudah berkhidmat di sektor swasta.

KELEBIHAN SEKTOR KERAJAAN
1. Time based promotion
Pergerakan gaji adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan. Lebih lama berkhidmat, lebih banyak gaji. Walaubagaimanapun, gaji di sektor kerajaan ada cap. Selepas satu tahap, anda tak dapat naik ke pangkat yang lebih besar.
Ini tidaklah bermaksud anda boleh goyang kaki dan gaji masyoook. Lebih lama anda dalam perkhidmatan, lebih banyak tanggungjawab yang akan dipikul.
Jangan jadi seperti ini
2. Tanggungan kesihatan
Mungkin ramai yang menganggap hospital kerajaan adalah pilihan yang terakhir sekali anda akan pergi jika sakit. Ada benarnya di situ kerana apabila dah nazak sangat, biasanya hospital swasta MEMANG akan hantar pesakit ke hospital kerajaan (sila baca Awak Kat Hospital Kerajaan Ke?). Dengan pangkat UD 44 ke atas, anda layak untuk mendapatkan bilik single room di kelas pertama. Ini mungkin tidak berapa penting jika wang dah banyak dan ada takaful kesihatan.
Tetapi perlu diingat juga yang benefit ini boleh diguna pakai oleh ibu bapa kita. Selagi tidak memerlukan transplant, segala kos akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.


3. Kemudahan Pinjaman
Tidak dinafikan, apabila bank melihat slip gaji dari Jabatan Akauntan Malaysia, lebih mudah untuk pinjaman mendapatkan kelulusan (tetapi CCRIS kena cantik juga). Ini boleh jadi racun dan juga madu. Saya lihat ramai staf yang terjebak dengan kancah hutang keliling pinggang akibat mudahnya mendapatkan pinjaman. 
Jika bijak menguruskan wang, anda boleh mendapatkan 3 buah rumah dengan minimal money down.
a. 2 rumah pertama diblei dengan pinjaman 90%
b. rumah ketiga menggunakan pinjaman perumhan kerajaan dengan pinjaman 100%
Jerat hutang
4. Kebebasan untuk TIDAK mengejar insentif kewangan
Jika anda betul - betul minat dengan specialty anda, anda tak perlu risaukan mengenai duit tambahan. Kalau rawat 10 orang pesakit sehari gaji 6K, rawat 100 orang pun gaji 6K. Anda hanya perlu stick to your job and do the best. Kadang - kadang ini adalah kepuasan yang dicari cari. Merawat pesakit tanpa mengira pangkat dan harta. Semua pesakit sama sahaja. Semua perlu dirawat dengan sebaik mungkin. 

KEKURANGAN SEKTOR KERAJAAN

1. Berbagai Kerenah Orang Atasan
Di dalam organisasi yang besar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah tentu akan ada banyak ragam manusia. Big boss kata macam ni, tapi little boss (Ketua Jabatan) nak macam ni pulak. Mamat ni banyak jilat je, tapi tak buat kerja apa - apa. 
Macam - macam program perlu diikuti tetapi setalah setahun lebih, hasilnya tiada.

2. Gaji 
Jika dibandingkan dengan gaji swasta, memang tak boleh lawan. Gaji juga ada tahap maksimum. Berbanding di swasta, kenaikan gaji dan pangkat adalah berdasarkan kehendak dan keinginan sendiri. Lebih proaktif dalam kerja, lebih banyak potensi untuk kenaikan pangkat. The sky is the limit. 

3. Complacent
Ini adalah jerat yang selalu memerangkap staf kerajaan. Terlalu lama di dalam comfort zone! 
Nak beli rumah? Buat apa, quarters kan ada!
Nak melabur? Buat apa, kerja gomen kan TAKKAN hilang kerja. Baik beli Honda Civic baru tu!
Nak beli takaful? Buat apa, hospital kerajaan kan ada!
Kerja lebih? Alah, si polan tu lenggang kaki pun naik pangkat. Baik aku jilat je bos tu!
Si Polan
KESIMPULAN
Tepuk dada, tanya selera. Ia semua berbalik kepada apa yang kita mahukan dalam hidup. Rujuk balik post Azizul Azli Ahmad. Cuba tengok orang - orang muda hebat yang mampu beli beberapa buah rumah hanya dengan gaji kurang dari RM 3000. Yang penting adalah urusan kewangan. Ada sahaja rakan - rakan saya yang enjoy sana - sini, beli kereta mahal - mahal tanpa ada sebuah rumah pun. Duit simpanan pun dah ke laut. Itu sebab saya wujudkan blog My Financial Discovery (tapi kurang aktif); untuk bersama mendapat kesedaran tentang financial management.
Pilihan saya setakat ini; serve the public but become an investor. Aim saya adalah untuk bertugas tanpa perlu memikirkan tentang gaji tetapi dapat sustain dengan cashflow yang ada dari investment vehicles. Its a work in progress. Saya masih dalam proses belajar, InsyaAllah.

You Might Also Like

5 comments

  1. Hello, saya Puan Nelly berharga pinjaman yang sah dan bereputasi
    pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman pada kadar faedah hanya 2%
    Kami adalah syarikat yang dinamik dengan kewangan
    bantuan, kami menyediakan dana untuk orang yang memerlukan
    bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau
    mereka memerlukan wang untuk membayar bil-bil mereka, atau untuk melabur dalam perniagaan mereka. i
    mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan dipercayai
    bantuan waris sebagai senang hati untuk memberikan pinjaman. Hubungi kami melalui e-mel:
    (Nellyperious@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Apakah Anda mencari pinjaman pribadi, Atau kau menolak pinjaman oleh bank. Aku memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2% Bunga. Silahkan hubungi kami melalui email: eeasylifeloans@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Pro gov: Less risky, benefit, maybe good for long term, pension, less pressure to think about getting more money (in clinic need to have many customers, nowadays many clinics closed operation)
    Pro clinic: Regulations may not so strict, better pay (but no pension), free to take action (since not many to report to),
    I opined that if you are highly perfoms and confident to succed, better go foe clinic (or better private hospitals like Pantai, Sime Darby, etc). If you are just so and so ie just perform biasa2, better to stay in the government. In private sector, competition is stiff and only the best will survive. ,

    ReplyDelete
  4. Apakah Anda mencari pinjaman pribadi, Atau kau menolak pinjaman oleh bank. Aku memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2% Bunga. Silahkan hubungi kami melalui email: eeasylifeloans@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook