Jangan Libatkan Pengamal Perubatan

9:33 PM


Setelah sekian lama, saya terpanggil untuk menulis apa yang terbenam di dada. Sebagai pegawai perubatan, saya bukan lah seorang yang terlalu gah dengan ilmu perubatan yang saya ada. Sebaliknya, semakin banyak ilmu yang saya timba, semakin saya rasa diri ni kecil.

Saya amat terkesan sejak kebelakangan ini dengan tomahan dan fitnah fitnah yang dilemparkan kepada pengamal perubatan. Tatkala penjual - penjual produk alternatif ingin meningkatkan jualan mereka, pengamal perubatan yang jadi mangsa. Lihatlah tuduhan yang dilemparkan:

Industri perubatan  > Mahukan SEMUA MANUSIA ada penyakit

Industri perubatan > Lebih ramai orang sakit, lebih kayalah pengamal perubatan

BIG PHARMA - Upah pengamal perubatan untuk menjual ubat - ubatan

Industri perubatan > Buat bisnes > Mengejar profit

<credit to Pseudoscience Watch>





Persoalannya;

Kenapa perlu tuduh pengamal perubatan benda bukan - bukan sedangkan anda sendiri yang MEMBUAT BISNES dengan menjual produk berharga beribu - ribu Ringgit kepada orang kampung?!


Tak perlu lah menggunakan agama untuk menegakkan produk anda. Bila diminta bukti saintifik mengenai keberkesanan produk, hanya diberi TESTIMONI pelanggan dan BUKAN data saintifik. Bila ditanya lagi, yang bertanya akan dilabel sebagai PEMBENCI BISNES _______ (isi tempat kosong dengan kaum yang terlibat) dan besekongkong dengan Yahudi dan Rockafellar Foundation.


Macam ni lah, walk the talk. Jangan berbisnes. Berikan saja produk - produk tersebut kepada orang yang sakit. Bisnes tu sendiri adalah profit driven. Takde profit, bukan bisnes namanya. Betul ke;

Water Alkaliniser berharga sampai RM 5000 - 9000?
Betul ke herba dari serata dunia sampai RM 600?
Betul ke air HEBAT tu sampai RM 10 sebotol?

Oh, lupa, anda nak menanggung kos operasi kan?

Tak perlu lah ofis yang mahal mahal yang dilengkapi dengan perabot premium. Cuba lihat bilik doktor di klinik kesihatan kerajaan terdekat, MasyaAllah kerusi yang doktor duduk tu pun macam nak patah dah! Bateri thermometer tu asyik dah habis saja.

Saya tidak kisah jika anda tidak mahu makan ubat - ubat dari Big Pharma. Doktor perubatan memang takkan paksa pun. Banyak mana awak makan pun, gaji tetap sama. Tak perlu ambil Cuti Sakit juga, minum saja apa yang patut dan anda akan sihat. Mudah sikit kerja kami, boleh kami fokuskan perkhidmatan kepada orang yang betul betul perlukan bantuan.

Walaubagaimanapun, yang menjadi masalah besar adalah pengamal perubatan yang dihina dan dicaci inilah yang perlu clean up the mess. Dah teruk sangat baru nak datang bertemu doktor. Ambil contoh kisah:
1. The Makcik With Cancer
2. Doktor Tak Buat Apa - Apa

Boleh dikatakan 100% kali, apabila pesakit nazak akibat mendapat nasihat yang salah TIADA SEORANG pun yang akan mengambil tanggungjawab. Tetapi doktor - doktor akan dituduh bukan bukan kerana tidak melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit. Doktor - doktor ini juga yang akan diheret ke mahkamah untuk di saman. Tetapi belum pernah saya lihat pengamal - pengamal alternatif ini diheret ke mahkamah untuk masalah yang timbul dari nasihat mereka.

Cuba lihat, yang mempamerkan kekayaan dengan kenderaan mewah, rumah berjuta - juta Ringgit tu doktor perubatan atau dari bidang lain? Ada juga yang membeli title doktor untuk nampak megah, walaupun nak buat thesis dan baca journal pun tak tahu. Cuba fikirkan.

Nak bisnes, bisnes lah sendiri dengan USP (unique selling points) sendiri. Tak perlu lah nak mengaitkan bisnes tersebut dengan bidang yang anda sendiri tiada ilmu. Jika benda itu supplement, pasarkan sebagai supplement dan BUKAN UBAT. Jangan tipu pengguna dengan kata - kata KKM DAH LULUSKAN sedangkan produk itu dipasarkan sebagai makanan dan BUKAN UBAT untuk rawatan.

Image from Cawangan Penguatkuasa Farmasi Kelantan


Cukup cukup lah. Dah frust sangat ni.

MOfrust













Sister sites:
My Financial Discovery
The Makan Doctor


You Might Also Like

3 comments

  1. 'Bila ditanya lagi, yang bertanya akan dilabel sebagai PEMBENCI BISNES _______ (isi tempat kosong dengan kaum yang terlibat) dan besekongkong dengan Yahudi dan Rockafellar Foundation.'
    Pity on the liars-sellers. I hate them too, hence agree with the author. However, the quoted statement is racist (see above). The sellers neither represent Malay nor Muslim. They are selfish opportunists.

    ReplyDelete
  2. 'Bila ditanya lagi, yang bertanya akan dilabel sebagai PEMBENCI BISNES _______ (isi tempat kosong dengan kaum yang terlibat) dan besekongkong dengan Yahudi dan Rockafellar Foundation.'
    Pity on the liars-sellers. I hate them too, hence agree with the author. However, the quoted statement is racist (see above). The sellers neither represent Malay nor Muslim. They are selfish opportunists.

    ReplyDelete
  3. majoriti yg jual n makan benda2 mengarut ni adalah melayu...

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook