Isteri Doktor

8:12 AM

<Preview Novel Cinta Medik>

"Bro, kau kawin dengan doktor jugak ke? Hebat weh, dapat tackle doktor!"

Ramai juga orang berkata kata demikian apabila terdapat mana - mana 'bro' yang dapat tackle dan bernikah dengan doktor. Terutamanya apabila awek doktor tu cun melecun. Tapi, best sangat ke berkahwin dengan doktor ni?

It is far from the truth.

Apabila isteri anda seorang doktor, jangan la mengharapkan anda akan mendapat isteri idaman. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

1. Jangan mengaharap masakan malam akan sedia menanti di meja makan setelah pulang dari pejabat. Apatah lagi isteri yang jelita menanti dengan secawan teh dan kuih untuk hidangan petang. Waktu sepatutnya punch out mungkin jam 5 petang, tetapi berbagai kerenah pesakit perlu diuruskan sebelum dapat pulang dengan tenang. Jika terdapat pesakit yang collapse dan memerlukan CPR tepat jam 4.59 petang, pesakit tersebut yang menjadi priority si isteri.

2. Tak perlu menanti kain pakaian sedia di basuh dan dilipat dengan rapi. Jika kemeja dan seluar diseterika kemas, bersyukur lah atas nikmat tersebut. Pulang nya isteri ke rumah mungkin sudah lewat malam. Apatah lagi jika perlu on call. Alamatnya si suami tidur seorang di rumah. Sesudah on call pula, isteri mungkin terlalu penat untuk melayan suami yang dicintai.

3. Ingin menonton Dilwale (atau The Twilight Saga) dengan isteri tersayang? Silap haribulan, isteri akan berdengkur di sebelah anda, tatkala scene yang 'pasir masuk mata' ditayangkan. Terlalu penat post call untuk betul betul menonton filem Hindustan.

A scene from Pixar's Up



Walaubagaimanapun, jika anda betul - betul gentleman, anda akan cepat sedar bahawa cinta ini lebih daripada mendapat ISTERI PERFECT semata - mata. Jika dapat lihat dengan lebih mendalam, cinta itu lebih daripada apa yang perfect. Cinta tersebut lain daripada yang lain. TIDAK AKAN sama dengan orang lain.

1. Dikala isteri on call, buatkan sedikit kejutan. Masakkan sesuatu untuk isteri mendapat tenaga. Jika tahu masak Mee Maggi Kari sahaja pun, masak lah. Paling koman pun, bawakkan nasi lemak dari kedai terdekat. It's the thought that counts. Tunggu isteri di pantry wad. Lihat cara dia kerja, baru dapat fahami dedikasi seorang doktor. Sambil makan, sambil suap menyuap. Sambil pegang tangan isteri. Baru sweet.

2. Follow through hari berikutnya dengan membawa bekalan sarapan pagi dan satu set pakaian untuk nya. Jika mampu dan rumah berdekatan, bawa isteri pulang ke rumah untuk seketika. Sehebat mana pun hospital, tiada tempat yang lebih nikmat dari power nap di katil sendiri dan mandi di tandas sendiri.

3. Enjoy every moment together. Setiap saat lebih bermakna apabila kita tahu yang kita tak boleh bersama pasangan sekerap yang kita mahu. Bila ada masa lapang, bawa isteri keluar. Tak perlu mahal - mahal. Tak perlu ke Bali. Tak perlu ke KLCC. Beli makanan ringan, bawa tikar lipat dan cari taman yang tenang. Have a picnic. Enjoy the scenery and each other's company. Taman Tasik Taiping mengimbau banyak memori manis.

Jika perkara yang disenaraikan di atas terlalu membebankan, tak perlu lah berkahwin dengan awek doktor. Cabaran yang akan dilalui lebih dari apa yang telah ditulis. Jika telah pun berkahwin dengan seorang doktor (terutamanya yang bertugas di hospital), mungkin tips - tips ini dapat digunapakai untuk menyemarakkan lagi cinta yang sedia ada.



<End of preview>
Amacam? OK ke style penulisan begini? Jika bagus sila like and share. Jika ada cadangan penambah baikan sila komen di bawah atau di Facebook Page MOfrust


MOfrust












Sister sites:

The Makan Doctor

My Financial Discovery

You Might Also Like

16 comments

  1. nak kahwin dengan doktor buleh, tapi jangan kahwin masa housemen hahahaha. tapi pengalaman tu berharga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman membuat cinta itu lebih manis :P

      Delete
  2. Setuju sepenuhnya. Tetapi ini bukan alasan untuk isteri tidak me lakukan tanggungjawap sebagai seorang isteri.. bila ada cuti tu tumpukanlah sepenuh masa untuk si suami... apa bila sudah membuat keputusan untuk berkahwin... maksudnyaisteri sudah komited untuk menjadi isteri dah menunaikan tanggungjawapnya.. sebaliknya juga untuk si suami.. cuma jangan ambik ring an dan jadi kan alasan seorang doctor untuk tidak menunaikan tanggungjawap.. ada sesiapa tidak bersyukur dgn pendant saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Well..
      Not really... The classic idea of a wife and husband has been greyed out, my wife still makes sure my shirts r ironed and prepares her oh so awesome chicken kourma, even makes me a sandwich to eat while being stuck in genting klang jam, but as a husband I try my best to lessen her burden, it's a marriage, give and take to make it work

      Delete
    3. Well..
      Not really... The classic idea of a wife and husband has been greyed out, my wife still makes sure my shirts r ironed and prepares her oh so awesome chicken kourma, even makes me a sandwich to eat while being stuck in genting klang jam, but as a husband I try my best to lessen her burden, it's a marriage, give and take to make it work

      Delete
    4. Isteri akan lakukan tanggungjawab, soalannya apa expextation suami?? Cuti masa untuk self study, prepare exam/master, boleh jadi pakar baru boleh naik pangkat cepat. Nak isteri "tumpukanlah sepenuh masa untuk Si suami" u dapat gaji cukup banyak, then dia boleh resign and tumpukan sepenuh masa

      Delete
    5. Isteri akan lakukan tanggungjawab, soalannya apa expextation suami?? Cuti masa untuk self study, prepare exam/master, boleh jadi pakar baru boleh naik pangkat cepat. Nak isteri "tumpukanlah sepenuh masa untuk Si suami" u dapat gaji cukup banyak, then dia boleh resign and tumpukan sepenuh masa

      Delete
    6. Saya tak mempertikaikan tanggungjawab isteri. Saya hanya menyatakan tindakan romantic dan expectation yang perlu seorang suami ada. Kalau ikut tanggungjawab, isteri tu tak perlu pun bekerja untuk menyara keluarga. Wang yang diterima isteri dari bekerja tu pun tak boleh diguna oleh suami.
      Sebagai suami pun, perlu la memberi bantuan psychology kepada isteri yang ingin membuat fardu kifayah supaya selepas ini lebih ramai doktor pakar perempuan. Tak perlu dah risaukan aurat pesakit wanita satu hari nanti InsyaAllah

      Delete
    7. Saya tak mempertikaikan tanggungjawab isteri. Saya hanya menyatakan tindakan romantic dan expectation yang perlu seorang suami ada. Kalau ikut tanggungjawab, isteri tu tak perlu pun bekerja untuk menyara keluarga. Wang yang diterima isteri dari bekerja tu pun tak boleh diguna oleh suami.
      Sebagai suami pun, perlu la memberi bantuan psychology kepada isteri yang ingin membuat fardu kifayah supaya selepas ini lebih ramai doktor pakar perempuan. Tak perlu dah risaukan aurat pesakit wanita satu hari nanti InsyaAllah

      Delete
  3. Ini novel ke..mcm bukan novel.. tips berbentuk article

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak ye. frankly speaking, saya dah lama tak baca novel. The last one was The Lost World by Michael Crichton. I guess, I'll stick this format. Compile articles like this mengikut perjalanan hidup as a doctor couple

      Delete
  4. Ini novel ke..mcm bukan novel.. tips berbentuk article

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Dalam proses perkenalan , thanks for the tips.Will do my best.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook