Pesanan Untuk Para Suami

8:34 AM

Wahai para suami yang dihormati dan dikasihi sekalian, jagalah isteri anda yang tengah sarat mengandung. Cuba fahami apa yang dilalui isteri. nak faham sepenuhnya memang tak dapat tapi cubalah.

Image from AmericanPregnancy.org
1. Dikala isteri hadir untuk temujanji ke Klinik Ibu dan Anak, cuba sekurang kurang nya sekali sepanjang kehamilan untuk turut hadir. Berikan sedikit semangat. Kongsi kegembiraan ketika pertama kali melihat degupan jantung kandungan. Apabila doktor mengukur parameters kandungan cuba lihat gerakan kandungan semasa sedang scan. Tak perlu selfie, tak perlu bergambar dan upload Facebook dan Instagram sakan. Cukup dengan adanya suami di sisi. Enjoy the memory. Just the two of you and no one else.






2. Apabila isteri di bilik doktor, tak perlu lah mengherdik si isteri di dalam telefon kerana mengambil masa terlalu lama. Memang diakui, proses untuk memeriksa wanita mengandung mengambil masa berjam-jam. Kadang kala, sukar juga untuk mendapatkan tempat letak kenderaan di sekitar Klinik. Jika terpaksa menjaga anak - anak yang lain di dalam kereta, tinggalkan dahulu isteri di klinik. Bawa anak - anak lain bersiar di taman. Kalau boleh, jangan membiarkan anak - anak bermain iPad dan Tablet. Buat aktiviti fizikal. Bawa mereka bersiar. Spend quality time WITHOUT the gadgets. Biarkan isteri yang sarat mengandung mengambil masa untuk diperiksa dengan teliti. Jika isteri tenang, tekanan darahnya pun akan lebih terkawal. Emosi ibu mengandung boleh mempengaruhi kandungan juga.

3. Apabila isteri mengalami komplikasi semasa mengandung, cuba hadir sekali semasa sesi konsultasi. Fahami masalah yang dialami. Jika isteri ada anaemia (kurang darah merah), cuba dapatkan makanan yang kaya dengan zat besi. Apa salahnya jika sekali sekali masak beef steak atau sayuran hijau di rumah? Jika isteri ada Gestational Diabetes Mellitus on diet control pula, pandai - pandai la berpesan pesan bila isteri terlebih makan durian atau benda yang high calorie.



4. Bagi suami yang merokok (atau vape) pula, ambil la masa ini untuk berhenti merokok. Biasanya, lelaki sejati lebih mudah untuk berkorban apa saja untuk orang lain dari untuk diri sendiri. Cuba lihat sendiri bungkusan kotak rokok yang anda beli. Banyak kesan sampingan terhadap janin bukan?


5. Apabila tiba untuk isteri bersalin, cuba bawakan isteri sendiri ke dewan bersalin. Usung isteri dengan kerusi roda sehingga ke pintu. Jika bernasib baik, dapat ke hospital yang husband friendly, masuk sekali bersama isteri. Duduk bersama isteri dan pegang tangannya dengan erat. Perjuangan dan kesakitan yang dilalui oleh isteri akan lebih mudah diharungi. Percayalah.

Saya bukan lah suami yang tahap Mr. Perfect, tapi untuk isteri saya, My Husband Is A Doctor. Saya cuba pelajari dari apa yang saya perhatikan di klinik. Banyak suami yang mahukan segala-galanya dari isterinya. Nak air minum, pantang jika perlu bangun dan ambil sendiri. Bila lapar, dapur di rumah adalah kawasan larangannya. Hanya isteri yang perlu memasak. Bila anak - anak perlu ditukar lampin, semua disuruh mak nye buat. Tetapi mana pula peranan si suami dalam menjaga kebajikan isteri dan anak - anak.

Renung renungkan. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga.

MOfrust












Sister sites:

The Makan Doctor

My Financial Discovery

You Might Also Like

6 comments

Follow Me on Facebook