HYPOvolemia BUKAN Bengkak Dalaman

9:13 AM

Pertama sekali, post ini tidak sama sekali ingin menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam kes saman Hospital Besut. TIADA ibu atau bapa yang mahu melihat anak mereka pergi dahulu sebelum mereka sendiri. Sesungguhnya Arwah Ulya Insyirah Binti Muhamad Sardi adalah ahli syurga.

Walaubagaimanapun, pihak media (terutamanya media aliran Bahasa Melayu) tidak memberikan gambaran yang sewajarnya kepada pihak hospital. Sekali pandang, ia memberi pandangan negatif. 

Cuba lihat petikan dari Utusan Online yang menyatakan bahawa:

"Kanak - kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital terbabit pada pukul 8.05 pagi berpunca dari septicaemia with hypovolemic shock atau BENGKAK DALAMAN YANG SERIUS OLEH KEMASUKAN AIR ATAU LEBIHAN UBAT RAWATAN."


Kenyataan tersebut adalah sangat prejudis terhadapa pihak hospital. Tanpa mendengar kenyataan dan mendapat bukti kukuh dari pihak hospital, pihak media telah menyatakan bahawa kematian adalah disebabkan bengkak dalaman yang serius. Saya bukan expect wartawan untuk mempunyai ilmu yang sama seperti doktor perubatan, tetapi sekurang kurangnya dapatkan lah PENTERJEMAHAN YANG TEPAT.





PENTERJEMAHAN BAHASA

Septicaemia

Jangkitan darah akibat dari kuman dan virus. Dalam erti kata lain; jangkitan yang teruk. Wartawan hanya perlu membuat carian di Google dan website seperti Merriam-Webster.com akan memberi penerangan dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Carian melalui Merriam Webster Online Dictionary
HYPOvolemia

Kekurangan isipadu (volume) cecair dalam darah (circulation)
(decrease in volume of circulating blood)

Shock

Keadaan di mana organ organ dalam badan (vital organs) tidak mampu berfungsi dengan sempurna kerana kurang nya aliran darah ke organ tersebut.
(A life threatening condition that occurs when the body is not getting enough blood flow. Lack of blood flow means that cells and organs do not get enough oxygen and nutrients to function properly)

Bila digabungkan terjemahan SEPTICEMIA WITH HYPOVOLEMIC SHOCK, adakah maksudnya sama dengan BENGKAK DALAMAN YANG SERIUS OLEH KEMASUKAN AIR ATAU LEBIHAN UBAT RAWATAN?

Ataupun adakah ia terbalik dari maksud sebenarnya?

Masalah melaporkan TIDAK mengikut fakta yang sedia ada tidak terbatas kepada Utusan sahaja, malah Astro Awani turut memberi kenyataan yang sama.

KESIMPULAN

Memang betul, jika terdapat bukti - bukti yang menunjukkan terdapat medical negligence dalam isu ini, ia patut di bawa ke mahkamah. Segala salah laku yang membawa kepada kematian patut dijadikan iktibar kepada semua pengamal perubatan.

Walaubagaimanapun, patutkan kita menilai dan menghukum pengamal perubatan yang terlibat tanpa mendengar ulasan pihak tertuduh? Shouldn't we hear both sides of the story?

MOfrust












Sister sites:
The Makan Doctor

My Financial Discovery

You Might Also Like

8 comments

  1. This one worse than Dr. Google.. Dr. Pasar malam kot

    ReplyDelete
  2. This one worse than Dr. Google.. Dr. Pasar malam kot

    ReplyDelete
  3. yes....agreed wit u. everyone is innocent until proven guilty! why display their name in the newspaper when no trials have been made? BAD journalism...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Biasala Utusan....paper paling bangang di Malaysia yg hanya dibaca oleh orang2 bangang dan orang2 umngok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol sempat lagi johny nak selit isu politik ni. Pfft.

      Delete

Follow Me on Facebook