Awat Tak Kasi Anak Aku Masuk?!

5:56 AM

<EDISI CUBA TRY CAKAP UTARA>

Photo from Dr Abdul Rahman Abdul Kadir's page (edited)
Apekehel nye Yeop ni? Marah bebenor. Dah takde ghope orang dah....

Opps, silap.

Hang dok marah bebenaq sangat ni apa pasai? Buat apa dok marah marah kat Pak Guard/Mak Guard tu? Mencarut sana, mencarut sini. Tak takut ka anak hang baca ni pastu mencarut tak tentu pasal jugak? Tak payah nak dok marah kat Pengarah Hospital tu pun. Hang pi mana-mana hospital pun sama. Pi la Australia ka, US ka, UK ka, semua tak kasi kanak-kanak melawat sesuka hati. Kalau bilik ICU, CCU dan Kecemasan tu lagi la tak kasi.


Hang nak tau sebab apa? 

Sebabnya tak nak anak-anak hampa terdedah ke penyakit-penyakit berjangkit dan bermacam jarum dan ubat dalam wad tu. Cuba hang try Google search: Multidrug Resistant Organism. Tutup Facebook app tu dulu, hang bukak Chrome app. Smartphone gunanya untuk cari informasi tau, bukan Facebook & Instagram je. 

Nak kasi senang cerita, Multidrug Drug Resistant Organisms (MRO) ni adalah bakteria-bakteria, fungus dan virus yang tak lut dek antibiotic atau banyak jenis ubat. Erti kata lain BINATANG NI TAK MAKAN SAMAN BOLEH DIBUNUH DENGAN SENANG BAQ HANG!

Bayangkan, budak kecik ni bukan la sihat dan sado macam orang dewasa. Sekali kena pneumonia ka, meningitis ka boleh terus masuk ICU tau?! Tambah pulak kalau kena jangkit dengan MRO yang hanya boleh dirawat dengan antibiotic yang ada lebih kesan sampingan dari antibitoic biasa. Elok-elok bawak anak pi tengok Tok Wan dia kat ICU, silap-silap anak hang tu terlantar sebelah Tok Wan kat ICU. Aku habaq mai ni bukan la nak mendoakan ke apa, tapi nak habaq terus terang:

KAMI BUKAN SUKA SUKA NAK HALANG KANAK-KANAK MASUK WAD

Akai orang yang buat undang undang ni akai panjang. Semuanya berlandaskan ilmu yang dah beratus-ratus tahun ada dan terbukti dengan secara saintifik. Takda la pakai lembu ka, kambing ka. Walaubagaimanapun, terima kasih sebab meningatkan aku mengenai lembu. Memang satu hari nanti aku nak cuba bela lembu. Lembu ni senang sikit, dia takleh habaq kat aku yang aku ni TAKDAK AKAI.

<Maaf jika ada yang tersinggung. Nak kasi cakap local sikit supaya senang nak faham. Bukan nak kutuk ke apa. Ambil yang jernih, tinggal yang keruh. Harap boleh faham info-info yang diberi.>

<Maaf juga kepada orang Kedah jika Bahasa Kedah saya tak berapa betul. Teman ni sebenornye orang Perak.>

MOfrust












Sister sites:
The Makan Doctor

My Financial Discovery

You Might Also Like

3 comments

Follow Me on Facebook