Udang Disebalik Batu

7:40 AM

Aku seorang doktor perubatan. Bukan doktor pakar, hanya memegang ijazah M.B.B.S. Title ku tiada Dato' atau Professor mahupun Sir atau Prof Emeritus. Dalam Facebook profile ku, tidak ku ingin meletakkan title 'Dr.'. Tiada siapa dalam friend list berbuat begitu; mahupun rakan setugas ataupun professor-professor dan pensyarah ku dahulu.



Aku masuk kerja sebelum jam 8 pagi setiap hari bekerja. Punch out pula jam 5 petang. Jika terdapat kes yang memerlukan perhatian yang mendalam atau jumlah pesakit terlalu ramai, terpaksa pulang lebih lewat. Gaji ku TETAP. Kalau tengok SATU ORANG sehari pesakit banyak tu, tengok DUA RATUS pesakit pun sama la juga. Tetapi biasanya tak menang tangan. Istilah KOMISYEN tiada dalam kamus. Bonus pula, berdasarkan keputusan pak menteri. Kalau RM 500, lima ratus la. Kalau diorang tak luluskan, tak merasa lah. Nak cakap hidup susah takde la, tapi takde la kaya.

Setiap pesakit yang dilihat pula akan diberi rawatan yang selengkapnya. Jika tak cukup kemudahan di klinik, pesakit akan dirujuk ke hospital. Kos rawatan dan ubat-ubatan ditanggung 90% oleh kerajaan. Doktor yang biasa-biasa ni tiada kuasa untuk pilih ubat yang mahal-mahal. Semua ubat diberikan berdasarkan keperluan pesakit dan peruntukan kewangan yang ada. Maka, jika syarikat-syarikat besar BIG PHARMA nak sumbat duit ke, belanja melancong ke tak guna. Sebab kami memang tak boleh nak mempengaruhi ubat apa yang ada dalam list ubat kebangsaan.

Kata kunci disini; diriku sebagai seorang doktor marhaen yang tiada apa ini memang takde dapat KOMISYEN. Gaji jalan, kerja jalan. Lantak la beban kerja banyak mana pun, gaji tetap sama.

Jadi. amat terkejut badak lah aku bila tiba-tiba pesakit dan rakyat jelata yang celik Facebook (tetapi tidak celik common sense) tuduh doktor-doktor marhaen sebagai orang yang BERSUBAHAT MENGHANCURKAN UMAT kerana BERSEKONGKONG DENGAN BIG PHARMA.

Contohnya;

"Encik punya kandungan gula dan cholesterol ni tinggi sangat" aku cuba terangkan kepada pesakit.

"Memang saya tahu saya ada kencing manis. Dah dua tahun dah. Tapi saya dah minum AIR LEGEND dan air alkali yang dituras dengan alat yang berharga RM 15 ribu!. Doktor jangan tipu saya. Doktor saja je nak saya terjebak ambil ubat." Aku diherdik pesakit.

Muka seorang doktor selepas diherdik

Pelik la pulak. Gaji aku sama je. Tak masyoook pun setiap kali prescribe ubat ni.

Di alam maya juga begitu. Facebook page orang yang meletakkan gelaran Prof., Dr. dan Sir secara tak malu dan meletakkan gambar konon reti pakai stethoscope disanjung tinggi. Diberikan fakta - fakta dari sumber internet yang mendakwa rawatan moden ni tak berlandaskan agama dan didalangi Big Pharma. Ramai yang percaya. Tapi ramai yang tak klik pada link page tersebut dan explore betul-betul. Pung pang pung pang, jual water filter rupanya. Pung pang lagi...oh, jual kapsul herba yang tak dapat kelulusan KKM rupanya.

Cer pikior sekejap yop yong sekalian.

1. Buat orang takut dengan doktor > konon ada title Dato', Dr., Sir > jual produk > duit masyook

2. Beri kesedaran > Beri fakta > Jalan-jalan dekat market pun orang tak kenal dia doktor > Gaji masuk setiap bulan. Gaji sama, takde masyook apa-apa.

OK, cer kome tengok betoi-betoi berapa ramai yang percaya orang yang 1st tu.
Bak kata pepatah, ada udang di sebalik batu. Tapi ramai yang nak makan udang yang sedap tu dan tak nampak batu.

MOfrust












Sister sites:
My Financial Discovery

The Makan Doctor

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook