Konspirasi Menjahanamkan Manusia

9:01 AM

<<SHARE SEBELUM POST INI DIPADAM OLEH GOOGLE>> 

Ada puak yang tak mahu anda baca artikel ini.
Saya telah terima maklumat yang agak sahih dari rakan rapat kenalan saya.

Saya telah berjumpa dengan Prof. Dr. Hemoglo Bin Guyton dari Hospital Besar Utama Kuala Lumpur. Dia adalah seorang pakar dan ketua jabatan di hospital masyur itu. Dia telah memberitahu bahawa pihak media dan doktor barat bertungkus lumus untuk menyembunyikan fakta bahawa mereka telah memasukkan berbagai jenis bahan kimia yang membahayakan dalam beribu ribu badan pesakit di hospital.



Bahan kimia tersebut mengandungi:1. Berbagai jenis asid seperti asid deoxyribonucleic (ADN). Cuba lihat apa yang berlaku bila asid terkena kulit? Boleh cair kulit! Bayangkan asid ini dalam badan kita?! Mengikut kajian Pusat Air Badan Dunia , asid dalam badan boleh menyebabkan kanser dan perlu di rawat dengan air beralkali yang berharga RM 30 sebotol.

2. Ferrous. Bahan ini digunakan dalam pelbagai industri untuk membuat besi. Jika bahan ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi hati. Menurut Dr. Agogo dari Mexico, ferrous hanya boleh dikeluarkan dari badan dengan menampal pelekat Detoxy ke hujung kaki. Jika dibiarkan sahaja tanpa menggunakan pelekat Detoxy, Ferrous akan berkarat dalam badan.

3. Na tambah. Orang putih memanggilnya sodium, tetapi semasa di sekolah saya tahu ianya dipanggil Na tambah (tak perlu kita mengagungkan Bahasa Penjajah). Semasa di makmal kimia dulu, ingat tak dengan benda putih ni. Bila kena dengan air ia akan memercik dan meletup. Bayangkan jika anda minum air dan bahan kimia ini ada dalam badan? Boleh meletup tau!



Banyak lagi bahan toksik lain didalam bahan kimia tersebut. Saya akan huraikan di masa aman datang setelah menelaah kembali buku Physiology yang gedabak besar. 

Apakah bahan kimia ini? Bahan kimia ini juga digunakan di bahagian kecemasan untuk menyelamatkan mangsa mangsa kemalangan jalan raya. Bahan kimia ini juga memastikan pesakit pesakit Thalassemia dapat menyambung kehidupan seperti biasa. BAHAN KIMIA ini adalah DARAH anda. Tak percaya? Cuba la baca buku Textbook of Medical Physiology. Tengok je keputusan darah yang doktor ambil di klinik. Baca renal profile tu, ada berapa jenis 'bahan kimia' atau elements dalam tu. Cuba tengok di ruang WBC: white blood cell count. White cell tu boleh 'MAKAN' sel lain tau?!



Kesimpulan nya, jangan la percaya sangat benda pelik pelik ni. Memang ada BAHAN BAHAN KIMIA dalam badan. Sebahagian besar adalah yang wujud secara semulajadi. Jangan sentap sangat.

<copy paste dari group sebelah>
....ayat best untuk tak nak bertanggungjawab atas apa yang dishare.kui kui.

MOfrust

You Might Also Like

5 comments

Follow Me on Facebook