Awak Kat Hospital Kerajaan Ke?

9:03 AM

Jom main teka teki nak? Cuba teka, saya kat mana...saya, saya kat mana. Teka dengan 'testimoni - testimoni' yang diberikan ini.



1. Dekat sini, layananan sangat buruk. Kena tunggu lama bebenor. Saya datang jam 11 malam, saya hanya dilayan pada jam 2 pagi. Di keliling saya ramai yang mengeluh;

"Saya dah 10 hari dah ada bengkak kat lutut ni (walaupun masih boleh berjalan). Kalau kena tunggu lama macam baik jangan panggil tempat ni KECEMASAN!"

"Saya risaukan ayah saya ni. Dah tiga bulan tak check darah. Saya datang pukul 12 malam ni sepatutnya cepat la nak check darah untuk kencing manis, kolesterol dan buah pinggang!"




2. Petugas di sini semuanya entah apa-apa. Lembap. Punya la lama nak tunggu panggil. Dah tahu ramai orang dok pegi jenguk ke bilik yang merah tu pulak.

3. Di sini, saya boleh perhatikan ramai petugas yang duduk sembang sambil pegang telefon bimbit. Takde kerja main game.

4. Di sini, ubat yang diberi sangat la tak bagus. Asyik asyik panadol dan ubat batuk. Kena ugut nak saman baru bagi antibiotik.



5. Dengan bayaran SATU RINNGIT saya boleh suruh petugas - petugas di sini buat apa saja saya nak.

6. Makanan di sini sangat la tak sedap. Nak muntah di buat nya. Tukang masak tak reti masak langsung.

7. Mak saya duduk sini tak dapat tidur langsung. Dah la panas. Orang lain duduk dekat - dekat. Takde privacy langsung. Setakat langsir sehelai tu je.



8.Bila saya ziarah ayah saya antara jam 5 hingga 7, petugas langsung tak jenguk. Padahal ayah saya punya lampin tu nak kena tukar. Takkan saya, anak jantan yang telah di besarkan oleh mak ayah nak tukarkan sendiri kot?! (Walaupun petugas yang ada bukan Muhrim).

Awak boleh teka tak saya kat mana? Mesti boleh teka punya, benda sama je orang post dekat Facebook tu.

Betul, betul, betul


Hah...betul, betul, betul. Ni la HOSPITAL KERAJAAN! Cuba kalau saya ubah sikit 'testimoni' yang saya kasi. Boleh teka jugak tak?

1. Mak saya kena serangan jantung tadi. Setelah mendapatkan bantuan ambulans, mak saya terus di bawa ke zon merah. Tanpa perlu tunggu sesaat pun. Terus beberapa orang doktor, misi (nurse) dan dressar (pembantu pegawai perubatan) dari bilik lain datang kerumun untuk bantu. Alhamdulillah, dengan team work mereka Mak saya selamat. Syukur ada sistem TRIAGE yang bagus.



2. Semasa saya di yellow zone, saya lihat beberapa orang doktor sibuk membincangkan masalah kesihatan yang saya alami. Mereka menggunakan telefon pintar mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai cara rawatan terkini dan mengira dos untuk ubat saya dengan betul. Syukur, kini saya sudah boleh pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama tiga hari.

3. Alhamdulillah, dapat ubat. Saya ke farmasi tadi dan dapati harga ubat Panadol sepapan pun nak dekat RM 5. Di sini bukan saja Panadol, saya dapat ubat batuk, buat X ray dan berjumpa dengan doktor dengan HANYA SATU RINGGIT!

4. Bila sudah boleh pulang ke rumah, saya terkejut melihat bil hospital saya. Hampir SERATUS PERATUS di subsidi. Di wad, saya dapat makan ENAM kali sehari pulak tu!

5. Setelah semua adik beradik pulang ke kampung, kami begilir - gilir datang jaga Mak di wad. Misi - misi telah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjaga dan membersihkan Mak yang kena stroke dan tak dapat melakukan apa - apa dengan sendiri.

Haaa....yang 'testimoni' nombor 1 hingga 5 ni kat mana pulak ye? Cuba teka? Tempat sama ke tempat lain?

Mesti kome tertanya tanya, apa ke hal la MOfrust ni dok tulis dalam Bahasa Melayu pulak ni. Sebabnya; sebab dah ramai sangat orang mengutarakan rasa tak puas hati terhadap HOSPITAL KERAJAAN dengan tomahan tomahan tanpa selidik betul betul. Tambah tambah lagi ada la yang pegi guna kata kata kesat. Don't get me wrong, yang salah, tetap salah. Tapi cara tu kena la betul. Selidik dulu. Jika perlu buat laporan rasmi.

Hoho...can't believe I wrote 99% of this post in BM. But you get the drift right? When you focus on the negatives without looking out for the actual facts, your perception of EVERYTHING will be skewed. Even the best actions, for the best possible outcomes can be subjected to negative perceptions.


Like me on Facebook












Sister sites:
InvestDotMOfrust

The Makan Doctor

You Might Also Like

13 comments

  1. Suka post ni!!
    Kann asyik komplen je. Bukan kita tak boleh menerima komplen, tapi biarlah berhemah dan mengikut saluran yang betul. Ye tak?

    ReplyDelete
  2. No doubt yang hospital kerajaan dah improve. Equipment dah maju, canggih. Pegawai dan nurse berdedikasi.

    Tapi aku masih lagi fobia dengan beberapa hospital kerajaan di lembah klang. No offense but it really happen. ada kes, 1 : anak aku demam panas, suhu badan naik turun, dah bawak ke KK. Check darah, terus dpt surat admission @ refer ke GH. Masa tu suhu badan anak aku masih lagi dalam range 39 - 40 degree C. Sampai hospital, 4 jam aku tunggu.. 4 jam.. muka anak aku sampai biru. Last2 aku bertukar dari berhemah kepada hulk hogan. Terus aku masuk bilik emergency tu letak anak aku atas katil.. Katil semua kosong. Aku pi office pegawai perubatan, Buka pintu terus, panggil dia pi tgk anak aku.. Tgh baca paper sambil kaki atas meja.... Nampak muda.. menjawab dgn bahasa kasar. Nasib buku lima aku x hinggap ke muka dia..
    Bila dia check, suhu badan anak aku dah cecah 41 degree. bru kelam kabut bagai.. Berlari2 nurse dgn doktor.
    Dlm 20 minit mcm tu, terus bawak naik ke wad paeds.... 4 jam bro.. pukul 8.30 mlm sampai 12.30 pagi.. Pukul 1 pagi baru masuk wad..

    Kes no 2 : wife aku. sama gak. lagi teruk. 5 jam.!!!!!! Tapi time tu wife aku sendiri pi sound MA dgn nurse. Sbb aku xder. kat hospital lain, under surgery. Lepas tu.. terus.... tak pi dah sampai skrang...

    No offense bro. You did a good job. Mmg org kata sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi bagi aku nila tu mcm racun round up dah.. Komplain?? dah llepas isu, isi borang komplain berjela.. bertahun tak call rujuk komplain.. tak pi dah sampai la ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiting time is typical for gvt hosp. If nk cpt go private.

      Delete
    2. typical answer.. "kalau nak cepat, pegi private"..

      ingat semua orang ada duit nak pergi private ke?

      Delete
    3. Rai OurKizuna : Ingat semua doktor yang ada mampu nak melayan semua pt cepat2 ? Datang WAD KECEMASAN tapi bukan dengan problem yang kecemasan..buat sesak je..pastu ko nak marah..bodoh ke x bodoh rasa2 ? G la komplen kat pok jib nape doktor kurang ?

      Syahril : xnak cakap encik salah atau betul. Kena dengar dari 2 belah pihak. Tapi salah utama ialah staff yang triage kan anak awak ke green zone (most probably MA atau nurse dan konfem bukan doktor). Time tu ada mention x anak awak demam panas ?

      Dr tu menjawab dengan kasar mungkin sebab anda main terjah je. Bukan sikit kes pesakit main terjah dan buat hal (maki hamun, amek gambar, tumbuk dr pun ade).

      Delete
    4. biasanya yg pegi gov ni x berape ada duit sgt(bkn semestinya)..safe to say income berkadar terus dengan intelek..lg pandai seseorang itu biasanya (bkn semestinya) lg tinggi income/gaji dia..bila kurang pandai maka terjadilah komen2 negatif di atas..kerajaan perlu lancarkn kempen2 di media massa bg tujuan mendidk org awam mengenai salah guna Jabatan Kecemasan utk sakit2 yg bkn kecemasan...

      Delete
  3. Saya selalu baca post MO Frust. It's good for the public untuk lebih memahami situasi hospital kerajaan dan certain daripada post di blog ni saya sependapat.

    Tapi jujur saya agak terkilan dengan sikap kita sebagai Malaysian, kita selalu berpandangan negatif dan saling tidak menghormati satu sama lain. Tidak semua tapi kebanyakannya. Pesakit tak hormati doktor, doktor pon kadang-kadang tak hormati pesakit. Bila keadaan ni berlanjutan ia membawa kepada kitaran yang sama. 'Sebab kau layan aku macam ni, aku pon akan layan kau sama jugak'. Macam tiada toleransi.

    Saya tak salahkan sesiapa secara spesifik tetapi saya rasa ianya salah komuniti secara amnya. Masyarakat kita kurang menghormati dan selalu cakap kasar bila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Especially apabila melibatkan khidmat kesihatan awam. Pesakit cuma nampak salah doktor dan nurse yang lambat beri rawatan. Manakala doktor dan nurse pula kadang-kadamg bersikap acuh tak acuh kerana tawar hati dengan sikap pesakit. Inilah yang membawa kepada kitaran yang tidak sihat di hospital.

    Saya pelajar perubatan di Australia. Saya pernah melihat cara kerja hospital di sini dan juga di Malaysia. Saya boleh kata sangat jauh bezanya. Dari segi sistem, ya ianya hampir serupa. Tetapi dari segi doctor patient communication, sangat jauh berbeza. Pertama sekali kerana mereka sangat respect each other. No verbal abuse is allowed. Setiap pesakit dilayan dengan hormat dan mesra oleh nurse dan doktor. 'Hello, how can I help you today?' dengan senyuman manis oleh nurse atau doktor. Dan pesakit pula akan diengan ramah dan hormat membalas kembali. Jika ada pun pesakit yang tidak berpuas hati kerana lama menunggu doktor akan meminta maaf jika sebab kelambatan adalah kerana masalah teknikal. Tetapi secara overallnya sangat-sangat jarang. Dan pesakit pun selalu ramah dan mesra menegur kakitangan hospital.

    Dan jika terpaksa menunggu, pesakit akan menunggu dengan sabar giliran mereka kerana mereka faham mereka berada di hospital. Ada orang yang lebih memerlukan rawatan berbanding mereka.

    Apa yang perlu ada di Malaysia sekarang ialah sikap saling menghormati dan hentikan sikap buli dan saling menyalahkan. Sikap saling tuding menuding dan sikap banyak merungut. Tidak salah merungut kerana ianya perlu untuk penambahbaikan tapi perlu lah dengan cara yang sesuai dan baik. Serta rungutan tersebut perlulah diberi perhatian dan improvement dilakukan. Bukan sekadar, 'syukurlah dengan apa yang ada' or 'just suck it up'.

    So apa yang penting ialah we have to change our attitude. Treat others the way you want to be treated.

    p.s - kadang-kadang takut nak balik berkhidmat di Malaysia kerana dah terlalu biasa dengan sikap lemah lembut dan saling menghormati masyarakat Australia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like this. Setuju! Ubah mentaliti.

      Delete
    2. I was once an overseas med student too. I was nice to my patients too, and my patients verbally abused me, tore the prescription slips and mc and xray forms and whatnot and threw it to my face, shouted at me. Well, u can come home and feel it Malaysian style my friend, then u know why some doctors are lions. We are selectively nice to those who deserve it.

      Delete
    3. Oh, forgot to add. They do it on daily basis, I'd do kenduri kesyukuran if one day no patient is rude to me.

      Delete
  4. Cmne2 pn..kalau nk compare, mestila setara...mmg bengang kalau 'kena'...tp cuba letak kaki dlm kasut depa....urmmm...rehat xckup kot...leh buh statistik doctor VS patient kt Malaysiakucinta..cmne plak kt Ostolia bagai...wallahua'lam..sama2 giv &take yg mana dpt...

    ReplyDelete
  5. Nk cepat pegi private. Mmg betol. Ambillah medical card. Huhu.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook